Tuesday, December 30, 2008

Pengertian Dasar Psikolinguistik

1. Beri definisi ringkas psikolinguistik.
Psikolinguistik ialah ilmu yang berkaitan dengan hubungan antara bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia. Terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh para sarjana barat seperti Aitchison(1998:1) member definisi sebagai suatu” kajian tentang bahasa dan minda.” Harley(2001:1) pula member maksud sebagai suatu kajian tentang proses mental dalam penggunaan bahasa.” Clark dan Clark(1977:4) menjelaskan bahawa bidang ini berkaitan dengan tiga hal utama:Kefahaman, penghasilan dan perolehan bahasa. Psikolinguistik juga dikatakan bidang yang mengkaji bagaiamanakah manusia yang lahir tanpa tahu apa-apa sehingga mahir berbahasa pada tempoh tertentu. Bidang ini juga mengkaji perlakuan menyusun tahap pola-pola ayat serta proses berbahasa kanak-kanak daripada yang tidak tahu berbahasa sehinggalah mereka mahir berbahasa dengan baik melalui proses-proses tertentu. Sebagai kesimpulannya, psikolinguistik merupakan bidang kajian melibatkan ilmu bahasa dan perlakuan individu untuk membentuk kemahiran berbahasa yang baik daripada peringkat bayi, kanak-kanak hinggalah dewasa setelah melalui proses yang betul dan contoh –contoh yang ada di persekitaran mereka.

2. Jelaskan tahap perkembangan ilmu psikolinguistik.

Ilmu psikolinguistik adalah gabungan antara dua ilmu :Psikologi dan linguistik . Ilmu ini mula berkembang pada permulaan abad ke -20 di Jerman manakala di benua Amerika kaitan antara ilmu jiwa dengan bahasa ini juga mula muncul dan terbahagi kepada empat tahap perkembangana iaitu tahap formatif, tahap linguistik, tahap kognitif dan tahap teori psikolinguistik merangkumi realiti psikologi dan ilmu kognitif.

2.1 Tahap Formatif

Bermula pada abad ke-20 ramai sarjana psikologi barat mula menggabungkan kedua-dua ilmu psikologi dan linguistik. Mereka telah merintis keberkaitan antara kedua-dua disiplin ilmu ini dan dilanjutkan di Universiti Indiana pada tahun 1953. Hasil daripada pertemuan ini, mereka telah menjalankan pelbagai penyelidikan terarah pada kaitan antara kedua-dua disiplin ilmu ini(Osgood dan Sebeok, 1954) . Akhirnya muncullah istilah psikolinguistik yang pertama kali digunakan dan kelompok ini kemudiannya mendukung penyelidikan mengenai relativiti bahasa (Benjaamin lee Whorf(1956) mahupun universal bahasa oleh Greenberg(1963).





2.2 Tahap Linguistik
Ilmu linguistik berkembang berorientasikan kapada aliran behaviorisme dan
kemudian beralih ke aliran mentalisme atau nativisme. Chomsky menjelaskan tentang universalnya bahasa semakin mengarah kepada perolehan bahasa. Walau di mana jua kanak-kanak dibesarkan, mereka memperoleh bahasa dengan menggunakan strategi yang sama. Setelah kemunculan perkembangan ilmu neurolinguistik (Caplan,1987) dan biolinguistik (Lenneberg 1967; Jenkins,2000) dan digabungkan dengan ilmu psikolinguistik menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara pemerolehan bahasa haiwan dan manusia walaupun telah dijalankan pelbagai penyelidikan terhadap haiwan. Kegagaalan semua penyelidikan ini membuktikan bahawa perolehan bahasa adalah unik untuk spesies manusia sahaja. Hal ini adalah kerana pertumbuhan bahasa pada manusia itu terancang secara genetik berbanding dengan haiwan yang hanya boleh meniru gaya berbahasa manusia tanpa boleh menggabungkan perkataan untuk membina ayat apatah lagi untuk bertutur dengan baik. Hal ini disokong oleh kajian neurolinguistik (Caplan,1987) menunujukkan manusia dicipta dengan memiliki otak yang berbeza daripada primat lain dan menurut (Chomsky ,1959 ) manusia sudah memiliki kudrat pada masa lahir dan bekalan inilah membantu manusia mengembangkan bahasa. Hal-hal lisan sememangnya dapat membezakan manusia dan haiwan. Oleh itu tahap linguistik ini memberi fokus kepada perkembangan bahasa manusia sejak dari umur bayi, kanak-kanak sehinggalah waktu dewasa.

2.3 Tahap kognitif

Chomsky mengatakan bahawa sarjana linguistik sebenarnya adalah sarjana psikologi kognitif kerana pada tahap ini psikolinguistik mula mengarah kepada fungsi kognisi dan landasan biologi manusia dalam perolehan bahasa. Oleh itu tatabahasa, misalnya tidak lagi dipandang sebagai sesuatu yang terlepas daripada kognisi manusia kerana konstituen dalam sesuatu ujaran sebenarnya mencerminkan realiti psikologi yang ada pada manusia tersebut. Setiap ujaran yang dihasilkan mestilah membentuk unit-unit konstituen yang berhieraki dan masing-masing unit ini adalah realiti psikologis. Oleh itu pada tahap ini pertumbuhan bahasa sesorang manusia itu berkait secara genetik dengan pertumbuhan biologinya

2.4 Tahap teori psikolinguistik.

Pada tahap ini, psikolinguistik telah menjadi ilmu yang disokong oleh ilmu-ilmu lain seperti neurologi, filsafat, primatologi dan genetik. Gabungan ilmu-ilmu ini membantu pemerolehan bahasa dan perkembangan bahasa manusia . Neurologi mempunyai fungsi yang sangat rapat dengan bahasa kerana kemampuan manusia berbahasa bukan kerana persekitarannya sebaliknya banyak bergantung kepada kudrat neurologi yang dikurniakan Allah sejak lahir lagi. Jelas di sini membuktikan bahawa tanpa otak dengan fungsi-fungsinya yang lengkap pasti tidak akan membantu manusia berbahasa.



3.0 Pragmatik itu apa?
Pragmatik merupakan peraturan yang membimbing manuisa untuk berbahasa dengan betul dan wajar . Ia bukanlah satu komponen dalam bahasa sebaliknya lebih mementingkan kesan sebenar sesuatu daripada cirri-ciri teori dan sebagainya. Bersifat praktikal, banyak memperhiyungkan keadaan dan akibat yang sebenarnya terdapat atau akan timbul. Menurut ( Jucker,1998) pragmatik sebenarnya merujuk kepada kajian makna dalam interaksi antara seorang penutur dengan pernutur lain. Pragmatik boleh dikatakan sebagai satu peraturan bagi seseorang penutur dengan penutur lain atau orang ketiga mengikut tahap umur, topik yang dibincangkan, tahap pengetahuan, situasi , panggilan kehormat dengan orang yang diajak bertutu dan juga status serta laras bahasa yang dipilih untuk menjelaskan sesuatu.

1 comment:

  1. Saya terjumpa blog ini setelah sekian lama saya tinggalkan dan dah tamatpun pengajian sarjana saya pada tahun 2010 dan bergraduat pada tahun 2011.

    ReplyDelete